Kehidupan awal Rosamund_Pike

Pike dilahirkan di Hammersmith, London, satu-satunya anak kepada penyanyi opera, Caroline (née Friend) dan Julian Pike.[3] Bapa Pike adalah profesor muzik dan ketua Kajian Opera di Birmingham Conservatoire.[4]

Keluarga Pike menjelajah seluruh Eropah sehingga beliau berumur tujuh tahun, mengikuti ibu-bapanya dimana-dimana sahaja mereka melakukan persembahan.[4] Pike mendapat biasiswa ke Sekolah Badminton di Bristol,[4] dan ketika muncul sebagai Juliet dalam sebuah produksi Romeo dan Juliet di National Youth Theatre, beliau dijumpai oleh seorang agen yang membantunya memulakan karier profesional.[4]

Selepas ditolak oleh setiap sekolah pentas yang dimohonnya, beliau mendapat tempat di Kolej Wadham, Oxford dimana beliau menamatkan pengajian.[4] Beliau mengambil cuti setahun untuk mengejar karier lakonan, mendapat pengalaman pentas dalam Skylight, All My Sons dan beberapa lakonan oleh Shakespeare; beliau mendapat ijazah kelas Kedua Atas pada tahun 2001.[5]

Rujukan

WikiPedia: Rosamund_Pike http://movies.about.com/od/doom/a/doomrp101705.htm http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=gonegirl.h... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=oneshot.ht... http://news.google.com/newspapers?nid=1683&dat=200... http://www.hitfix.com/blogs/motion-captured/posts/... http://www.imdb.com/name/nm0683253/ http://www.kfvs12.com/story/23414551/gone-girl-sta... http://celebritybabies.people.com/2014/12/04/rosam... http://www.rottentomatoes.com/m/gone_girl/?search=... http://movies.yahoo.com/person/rosamund-pike/biogr...